4.1.11

Pengalaman hari pertama masuk sekolah

Hari ini hari pertama sekolah dibuka semula setelah cuti panjang. Bagi murid-murid darjah dua sampai enam, hari pertama persekolahan tahun ini tidak pun bermakna pada mereka. Kalau bukan atas sebab mahu tunjuk bangga dan bongkak tayang beg baru dan kasut baru, jangan harap mereka mahu datang ke sekolah hari ini.

Tapi tidak kepada murid-murid darjah satu. Hari ini adalah hari yang cukup bermakna pada mereka. Inilah hari permulaan mereka bakal diseksa memakai baju uniform sekolah lima hari seminggu untuk 11 tahun yang mendatang. Perasaan mereka bercampur baur pada hari ini. Makan tak lalu, ketawa tak mampu. Bagi murid-murid yang pernah menerima didikan awal di pra-sekolah atau tadika mungkin sudah biasa. Cuma baju sahaja barangkali berbeza. Tapi bila melihatkan keadaan kawan-kawan lain yang tidak biasa, goyang di hati tetap juga ada.

Suasana dalam kelas darjah satu Anggerik cukup bingar. Bingar dengan tangisan, dan pekikan murid-muridnya. Cikgu kelas yang bernama Hayati itu sedang bercakap dihadapan pun tak kedengaran. Kejap dia bercakap, kejap tengok enset. Apa lagi kalau bukan pesbuk.

Ibu-ibu dan bapa-bapa murid pula ada di luar kelas. Ada yang memerhati dari luar tingkap. Ada yang berborak berkenalan antara satu sama lain. Ada yang menyandar di dinding koridor tak tahu mahu buat apa selain dari menguap.  Ada juga yang cuba menarik ibu bapa lain jadi downline mereka dalam perniagaan jual kopi saja boleh jadi jutawan, gila punya kerja siap bawa kopi berkotak-kotak suruh cuba rasa. Ada juga bapa-bapa yang bertumbuk antara satu sama lain, hanya sebab mereka berada dalam parti politik yang berbeza, dua kali gila dari jual kopi. Yang mengumpat pun tak kurang juga. Ini lah ragam ibu bapa yang berada di luar kelas satu Anggerik. Anak-anak mereka dalam kelas ada yang kepala lutut mahu pecah dek gelabah yang amat.

"Baiklah murid-murid, cikgu mahu sorang-sorang berdiri kenalkan nama masing-masing pada kawan-kawan dengan suara yang kuat. Lepas tu bagitahu cikgu murid-murid mahu jadi apa bila besar nanti."

Cikgu Hayati membesarkan sedikit suaranya agar didengari oleh semua murid yang ada dalam kelas. Mungkin juga menyindir pada ibu bapa yang ada di luar kelas supaya diam sedikit. Sebab sambil bercakap, matanya menjeling keluar kelas.

Suara besar cikgu Hayati waktu tu mendiamkan terus suasana bingar tadi yang ada dalam kelas. Mungkin juga murid-murid memberi tumpuan pada papan tulis yang tertulis "cita-cita saya" dengan huruf besar dan saiz gajah. Tak kurang juga yang mungkin sedang memikirkan apa jadah maksud tulisan saiz gajah itu.

"Kita mulakan dari sebelah kiri cikgu. Sila berdiri kenalkan nama dan cita-cita bila besar nanti."

Cikgu Hayati berkata sambil tersenyum mesra melihat murid lelaki yang duduk paling kiri beliau. Murid lelaki itu berdiri terketar-ketar lututnya. Matanya mula berair. Dua saat berdiri, kepala lututnya terpelanting ke depan kelas dan dia mula menangis macam hilang akal. Terpaksalah ibu murid itu masuk ke dalam mengambil anaknya dan si bapa pula tertunduk-tunduk mencari kepala lutut anaknya yang terpelanting tadi depan kelas. Anak mereka menjadi murid pertama yang tewas di hari pertama.

Kini murid kedua pula cikgu Hayati minta untuk berdiri. Murid perempuan. Kes murid perempuan itu pun sama dengan yang pertama tadi. Dua saat berdiri, rebah ke lantai kena sawan. Ibu bapa murid perempuan itu yang tadinya sibuk promote ibu bapa lain jadi downline dalam bisnes kopi 1001 khasiat, masuk cepat-cepat mengambil anak mereka. Apa jadah punya khasiat kopi, anak sendiri pun kena sawan. Tewas juga.

Giliran murid ketiga. Seorang murid lelaki. Pun sama perangai. Berdiri dua saat, air mata saja yang mencurah-curah, bercakapnya tiada. Tewas juga. Begitulah seterusnya. Macam-macam perangai. Ada yang muntah darah, ada yang terkencing dalam seluar, ada yang belum sampai giliran untuk berdiri dah pandai-pandai berdiri dan pandai-pandai pula terjun bangunan sekolah ikut tingkap. Gila punya murid. Tiada satu pun yang dapat menjawab soalan mudah cikgu Hayati. Cuma nama dan cita-cita saja pun yang di minta. Bukannya di suruh selesaikan soalan janjang aritmetik atau teorem pitagoras pun.

Itu semua menandakan bahawa ibu bapa murid-murid tadi yang tewas sebenarnya lemah dalam menanam sikap yakin pada diri anak-anak mereka di rumah.

Tiba ke giliran murid terakhir dalam kelas. Murid ke-30. Murid lelaki. Last man standing. Dari tadi murid ini berperangai ganjil sebenarnya. Ganjil sebab cuma dia saja yang duduk diam tak bercakap, tak menangis dan tak apa-apa. Tengok pada wajah murid itu, sah berdarah campuran eropah dan asia, eurasia.

"Ok, tinggal kamu sahaja yang tinggal. Boleh berdiri dan sebut nama?."

Cikgu Hayati bersuara macam tidak mahu bersuara. Tengok gayanya macam sudah mahu blah dari kelas bila melihatkan perangai dan karenah 29 pelajar yang tewas tadi. Cita-cita murid terakhir itu pun dia lupa mahu tanya. Atau tiada mood sudah mahu tanya.

Murid lelaki itu berdiri. Dua saat berdiri dan dia berbicara.

"Nama saya Mohd Khairul Fahmi bin Sahidzan. Umur saya enam tahun dua bulan 15 hari sembilan jam tiga puluh lima minit. Saya bercita-cita mahu menjadi seorang perdana menteri negara ini yang memiliki 24 gulung PhD dalam pelbagai bidang. Pada saya dunia ini cuma umpama tempat kita menanam dan menjaga pokok durian. Hasilnya cuma akan kita rasa di akhirat kelak. Bagaimana cara kita menanam dan menjaga pokok itu akan menentukan bagaimana hasilnya di akhirat kelak. Kehidupan saya dalam dunia ini cuma untuk satu tujuan. Syurga."

Cikgu Hayati bengap seketika. Dua saat, air matanya mengalir. Cikgu Hayati melihat ke luar kelas. Di luar kelas cuma ada seorang lelaki berbaju t-shirt biru gelap lambang 'S' dan berseluar jeans biru lusuh yang memegang erat tangan isterinya berketurunan eropah.

6 comments:

Anonymous said...

Lu punya fantasi betul betul canteekkk... heheheh... Ini kalu buat wayang 3D mesti pecah panggung punya la ni hehehe.

Szan said...

memang gua punya arah mahu kesitu. hahahah.

Catherine- said...

rajen ko ni.cam x pegi ofis! :p

Szan said...

gua punya opis, sentiasa bergerak. Kahkahkah.

Alfian J. said...

adei..siuk ni cerita oo..lawa la sahizan...

anac3kz said...

hakhak...khairul fahmi itu yg mahal sebenarnya..hehhheh