7.2.11

Jenis bentuk muka (Smiley) dalam Facebook

Sepanjang gua bertugas tanpa gaji dalam jabatan Facebook, ada satu perangai yang gua boleh nampak ketika gua tengok atau baca status update/ komen pelanggan-pelanggan gua dalam facebook itu. Perangai memaparkan bentuk muka atau pun lebih dikenali sebagai bentuk smiley. Smiley dalam facebook tak semestinya cuma senyum-senyum macam mau kena tendang, tapi juga boleh dibuat dalam bentuk sedih, menyampah, bingung atau pun gila. Mengapa ia dipanggil smiley, jangan buang perangai tanya sama gua. Gua tara tau punya.

Baiklah, mari gua bagitau sama lu orang semua rahsia disebalik 11 smiley popular yang sentiasa dipaparkan dalam facebook tidak kira jantina, jawatan, atau pun iman seseorang.

1.   : ) : Okey, ini paling banyak digunakan. Tengok pun memang terang-teranglah simbol senyuman manis. Simbol ini memberikan makna bahawa si pemberi komen itu gembira pada lu orang. Juga bermakna dia setuju sama lu orang. Tapi jangan silap. Kadang-kadang orang yang bagi bentuk macam ni sekadar untuk ambil hati lu saja pun ada. Kalau sudah mati akal apa mau komen, bagi simbol ni saja setel terus masalah.


2.  : (  : Ini simbol sedih dan simpati. Memang tahap gaban lah sedih atau simpati nya sampai kena letak simbol sebegini sebab sekadar ayat saja tak cukup menggambarkan kesedihan dan kesimpatian itu. Tapi sekali lagi lu orang jangan silap. Sama juga macam di atas, komen dengan simbol ni setakat untuk ambil hati dan jaga hati pun ada juga.


3.  (^_^)  : Ini pula apa?. Comel bukan? Gua bahagikan bentuk ni pada dua. Pada perempuan dan pada lelaki. Kalau perempuan pakai bentuk muka ni membawa makna dia suka. Apa jadah yang dia suka lu fikirkan lah sendiri. Gua perhatikan kalau perempuan itu sedang dilamun cinta maka simbol ini yang akan banyak dia gunakan. Para lelaki, sila take note. Jika ada awek facebook tujukan suatu status atau komen siap bagi simbol macam ni pada lu orang, sila pergi tengok muka sendiri di cermin dan katakan " Gua ni memang ensom". Kalau lelaki pula yang suka bagi jenis muka macam ni sebenarnya membawa erti yang dia mau mengorat dan menggatal lah tu. Macam gua tak tau trick brader-brader facebook ni. Muka tak seberapa tapi bagi simbol muka comel apa kes?


4.  (T_T)  : Yang guna dua huruf T ni menunjukkan air mata yang tengah mengalir. Menangis konon. Sedih lah katakan. Tapi ni simbol mengada-ngada saja pun. Mana ada orang main facebook sambil menangis. Kalau perempuan buat macam ni pada wall lelaki, itu maknanya dia concern sama lelaki itu. Kalau lelaki pula yang bagi simbol macam ni apa cerita? Macam gua mau tendang saja.


5.  (^_~)   :  Sebelah mata tutup dan sebelah mata gembira. Main-main mata punya simbol. Selalu digunakan ketika sesi mengorat dalam facebook tengah berjalan tak kira lelaki atau pun perempuan.

6.  (-_-)  :  Ini jelas-jelas itu orang mahu bagitau dia sedang bersiap mahu tidur. Tapi bukan terus tidur pun, boleh balas-balas komen lagi dalam 30-40 komen macam tu. Dan sebagai tanda bahawa si pemberi simbol ini minta lu orang ucap selamat tidur atau nite-nite atau sweet dream sama dia. Kasihan, sunyi hidupnya. Tapi kalau mahu buat status update simbol ni pastikan buat awal sikit. Sebab kalau dah agak lewat, semua orang dah tidur dan simbol ini akan menjadi sia-sia buat penat lu saja taip tiada orang mau komen atau wish sama lu. Bila sudah terpost tapi tengok semua kawan-kawan facebook lu dah tidur, lebih baik lu delete. Sebab esok paginya kalau gua tengok lu punya status update guna simbol ni tapi tiada orang komen, gua akan komen dengan ayat "kah kah kah!!".

7. (~_~)  : Ni mata kuyu macam mahu tidur apa punya simbol pula? Ini lah simbol yang boleh diterjemahkan kepada maksud insaf atau pun malu-malu kucheng bergantung pada mood suatu status update itu. Kalau update status mood agama-agama, maka insaflah konon. Tapi kalau update status gedik-gedik yang buat lu orang terasa ragu-ragu samada ikut turut serta menggedik, paparkan saja status ini.


8.  (@_@)  :   Simbol mata berpinar-pinar. Maksudnya si pemberi simbol ini sedang binggung tak mengerti apa jadah lu maksudkan dalam lu punya komen atau status facebook. Boleh juga digantikan sebagai bahasa isyarat yang menunjukkan dia tengah insomnia tak dapat tidur malam. Sebagai simbol penat pun ada juga gua tengok orang buat dalam facebook. Cuma tidak ramai pemain facebook yang berani meggunakan simbol ini untuk menunjukkan yang dia tu gila.

9.  ^_^' :   Bentuk muka yang ada peluh menitik dekat mata konon. Walau pun bentuk muka lu boleh berubah sama ada guna ^_^ atau -_- atau ~_~ , tapi peluh setitik itu sudah menunjukkan yang lu sudah kantoi dan sebagai tanda lu mengakui kekantoian lu orang sendiri. Gua bagi satu contoh dialog komen. "Lu sudah mandi wajib kah pagi tadi?" Maka lu boleh lah guna simbol ^_^' untuk bagi jawapan secara inderek dikhalayak pemain facebook lain. Dan pemain facebook lain pun boleh tangkap yang lu masih dalam keadaan tidak suci ketika membalas komen itu.


10. (>_<)  :  Ini pula bentuk muka marah, geram dan benci. Tapi lu orang jangan gusar jika status update atau komen lu orang dibalas dengan simbol ini. Ini cumalah simbol marah-marah manja, geram-geram suka, dan benci-benci cinta si pemberi komen itu.


11.  :p  :  Ini simbol lucah. Kalau awek-awek facebook bagi komen pakai simbol ni sama gua, tiada lain mau goda gua punya iman lah tu. Kalau lelaki pula bagi komen simbol ini sama gua, memang perangai minta kena terajang. Gila apa lu mau bagi signal jelir-jelir lidah sama gua. Peh!!

************************
Semoga lu orang dapat manfaat dari panduan ini. Jadilah seorang pemain facebook yang bijak.

9 comments:

Jelita Baker said...

aku suka smiley no.11 hahahah

Miera said...

;) :* ahahahh :P

Catherine- said...

;p~ simbol aku wehh! mati jugak melucah! cisss....!! itu maksudnya jelir lidah tanda menyampah! juga gurau senda mengikat ukhwah! jangan salah tafsir kalau aku yg buat simbol2 begini.

sekian.

;p~ bweeekkKK!!

thebeybeh said...

$_$

misz sheyla said...

waaaaa.... kalo simbol ni n_n
yang ni B( hahahahhahhaha..eh lebih2 lak aku ni...hahahaha

Zurina J. said...

Dari mana lu dapat ni der???
ada yg betul ada yg nda betul..
gua tendang lu cakap gua menggoda lu..! jgn perasan ya!

tp gua slalu guna yg ni ^________________^
ihihih.

apapa pun thumbs up!
takut guna {:P} suda skrg... Ngeri...............

PecahKata said...

kehkehkeh!! sabar semua.

c3kzik3m said...

ahax..takut sdhla mau pakai smiley..hoho

Anonymous said...

:p'
makan sehingga menjilat jari woo.. jgn salah maksud pulak

M.Aiman