5.7.17

Sapu habuk

dah jadi tempat jin bersarang blog ni
sekarang, banyak sangat apps.
nak letak gambar, ada instagram.
nak membebel sambil buat thread, ada twitter.
nak baca kehidupan orang (?), ada facebook
nak berkarya tulis menulis dah ada watpadd.


jadi, blog ini pula untuk apa?
kau tanya aku pula.
untuk kenangan? 
fuck kenangan.
sapu saja entri-entri lama ke peti draft.

solitud.
empty.
sepi.
mati.

tapi tak mengapa.
di sini tempat kita beremosi.
blogspot harus dimasukkan ke dalam kamus dbp.
harus dimaknakan sebagai, ruang emosi.

ha! ha! ha!

seperti janji-janji lalu yang pantas dilupakan, aku akan cuba menulis kehidupan aku yang penuh kebosanan di sini. dan kebanyakannya tentang penulisanlah rasanya, sebab mengelak macam mana pun, aku seolah-olah dah tak boleh lari dari 'penulisan'. terima sajalah hakikat, yang kita ini penulis. gelaran penulis untuk aku, bukanlah suatu yang bagus. ia seperti sebuah sumpahan yang terpaksa ditanggung sampai mati. nak bercerita hal penulisan  sebegini di facebook, ramai sangat penulis dalam frenlist aku, bermacam-macam jenis. jadi segan pula kita. bila segan, kita hilang kejujuran. ya, begitulah.


update terbaru hidup aku, sekarang tengah bergelut siapkan sebuah cerita novel. kisah penyiasatan. tajuk aku tak tahu lagi nak letak apa. aku lemah hal-hal pilih tajuk ni. tapi cerita kali ni aku rasa macam lebih bersemangat, lebih senang, dan pantas jumpa tune nak siapkan berbanding novel latest aku yang dah publish. macamlah. haha. mungkin sebab kisah-kisah penyiasatan dan pembunuhan lebih dekat dan kena dengan style aku kot. penulis terutamanya novelis, dia kena ada style atau orang cakap 'suara' tersendiri. baru selesa dan sedap menulis. next entri nanti kalau umur panjang aku cerita lagilah pasal 'style' penulisan ni ikut pemikiran aku. tu pun kalau rajin. sebab rasanya dah ramai juga orang bercakap pasal style dan suara penulisan di dunia sementara kita ni. berbalik pada cerita yang sedang aku tulis tu, sekarang baru sampai suku cerita. lebih kurang 20 ribu words. patutnya lebih dah, boleh cukup sebuah buku, tapi tune baru dapat semalam, maka terpaksa konstrak balik jalan cerita dia. semoga minggu ni aku dapat pijak separuh perjalanan cerita. ameeen.

*entri ini sengaja ditulis tanpa tekan butang shift mahupun capslock.





1 comment:

Fiqvertigo said...

Aminnnn