24.1.11

Student life (2004)

Suatu ketika di waktu pagi tika embun basah menyentuh pipi. Lima pemuda beraliran Yakuza yang ganas dan jenis makan budak tengah berkumpul dalam sebuah bengkel dan mencari akal untuk bertempur dengan jin-jin botak yang ada dalam hutan UiTM ketika itu. 

“Hari ini kita akan berjuang habis-habisan hingga titis darah terakhir.”

Pekik ketua Yakuza bertubuh sasa dan tua bangka.

“Bagaimana kita mahu tentang mereka wahai ketua? Mereka itu punya kuasa!!”

Tanya salah seorang anggota Yakuza bertubuh tinggi lampai berkasut hitam yang sebenarnya kasut curi.

“Bangang!!. Kita kan ada otak. Kita atur strategi baik-baik.”

Marah ketua Yakuza bertubuh sasa itu sambil membetulkan topi Nike di kepalanya lalu memetik tali gitar akustik pakai kod dalam.

“Saya sokong ketua!!. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.”

Lelaki berbaju ungu yang duduk menyandar di tayar tractor bersaiz gajah menjerit setuju pada ketua Yakuza. Terkejut sedikit ketua Yakuza mendengar jeritan yang sebenarnya berlaku pada jarak dua kaki saja dari telinganya.

“Bodoh punya anggota!!.”

Tengking ketua Yakuza sambil mengorek telinga kirinya.

"Saya ada pertanyaan wahai ketua. Pekasam tu apa punya binatang, ketua?"

Tanya seorang anggota yang berbaju oren bertubuh bulat pula pada ketua Yakuza. Mata ketua Yakuza memandang lelaki berbaju ungu di tepinya untuk mencari jawapan. Lelaki berbaju ungu memandang pula kembali ketua Yakuza dengan muka yang tiada jawapan. Suasana menjadi sunyi. Cuma bunyi sudu menghentam-hentam cawan plastik sahaja yang kedengaran dari arah dapur sementara di dalam bengkel ketika itu.

“Payah. Payah kita mahu lawan kalau tangan kosong saja.”

Sahut pemuda baju hitam berwajah garang, muncul dengan membawa secawan air kopi cap kupu-kupu.

 Amacam, ganas kan?
Sudi' (baju ungu), gua (baju hitam), Dap (baju oren), Jenal (baju putih), Chakoi (pakai topi)
   

 Minggu Interaksi (ketuk kepala freshie) DPIM 2004