22.10.17

api

api mana (yang)
tak terpadam
benci siapa (yang)
kau simpan
hidup -
bukan selamanya
maaf -
bukan kata biasa

-/ belum selesai /-

10.10.17

Perginya Kassim Ahmad

Seringkali saya menggunakan nama 'Kassem' di dalam anekdot atau pun cerita-cerita ringkas saya (di laman facebook terutamanya). Jujurnya, nama 'Kassem' itu bermula setelah saya mengikuti perkembangan Kassim Ahmad. Walaupun begitu, watak 'Kassem' saya itu nyata sekali jauh berbeda dengan Kassim Ahmad yang sebenar. Ibarat sebuah pantulan antara dua dimensi yang berbeda.

Jadi, siapakah Kassim Ahmad ini?

Secara ringkasnya, saya mengenali Kassim Ahmad melalui catatan-catatan atau esei-esei beliau. Seorang ahli fikir Melayu Islam. Seorang penulis. Seorang politikus. Seorang penentang. Dan yang paling penting bagi saya, beliau adalah seorang pejuang. Walau ditangkap, dikeji dan dicop sebagai orang yang salah, turun naik mahkamah, beliau tidak akan sesekali menyerah dan teguh dengan pendiriannya.

Seorang ahli fikir yang mengutarakan pendapat/fakta yang tidak popular pasti akan ditabrak dengan tohmahan yang bukan-bukan oleh orang-orang yang tidak mahu berfikir atau orang-orang yang berkepentingan. Dan orang yang tidak mahu atau sengaja tidak mahu berfikir ini - yang terus-terus mengatakan bahawa Kassim Ahmad sudah terpesong akidahnya kerana menolak hadith - lebih rela menjerumuskan masyarakat kita ke lubang Jumud, terpintal dengan tali Pak Turut, dan lebih teruk, membenam masyarakat ke dalam lumpur kebodohan.

Pada saya, tiada salahnya Kassim Ahmad mencabar kewibawaan hadith. Kerana cabaran sedemikian, yang sudah tentu disokong oleh ilmu dan pemerhatiannya, akan mengajak masyarakat kita untuk lebih menekuni ilmu, membuka ruang soal jawab, dan mewujudkan masyarakat yang berfikir. Jika Kassim Ahmad salah, kita lawan dengan hujah dan ilmu. Bukan lawan dengan tohmahan atau tangkapan. Agree to disagree.

Hari ini, 10 Oktober 2017, Kassim Ahmad menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kita kehilangan seorang ahli fikir yang rebel. Beliau pergi dengan meninggalkan kepada kita sebuah idea dan prinsip penentangan teguh yang tercatit di dalam buku-bukunya. Al-Fatihah.


Petikan sajak Sidang Ruh oleh Kassim Ahmad.

i.
perlu sesuatu di perhitungkan kembali
hari ini kita dewasa
tanpa tuhan tanpa impian
karena besok mungkin terlalu lewat
bagi kiamat yang telah ditangguhkan
bukan aku sinis
kau jangan mengatheis
beritaku dari mereka yang lupa bagaimana untuk hidup
maka demikian perlu kata kata
supaya maut kita bukan karena bisu...

.


22.8.17

6 down, 4 to go

Pagi tadi aku dah lepaskan manuskrip untuk dinilai dan dipertimbangkan. Walau belum tahu keputusan -lambat lagi- tapi aku rasa lega betul. Macam berjaya keluar dari dinding batu yang menghimpit jiwa. Kisah kali ini merupakan rentetan projek fiksyen aku since 2012. Boleh tahan lama juga lima tahun tu. Tapi ini projek peribadi saja yang mungkin hanya difahami dan menggembirakan diri sendiri. Kalau manuskrip tu diterima, dan pembaca suka, syukur.

Masa mengerjakan manuskrip tahun ni, aku berada dalam fasa yang teruk gila babs. Otak dan mood kacau. Tapi ia tiada kena mengena lah dengan manuskrip tu. Aku kadang-kadang memang terperangkap ke dalam fasa kacau sebegitu, cuma yang kali ini ia berlaku agak lama dan deep.

Tapi apa pun, hari ini aku berasa good-good dan otak boleh relax. Salams!







20.8.17

i wish

i wish i had
someplace to hide
from this miserable life
an island...
my little secret island
where i can laugh and
cry and forgotten
by time
by space
by my own self

i wish i had
someplace  to hide
from this darkest life
an island...
my little sunny island
where i can run and
smile and forgotten
by cloudy skies
by my own lies


.


13.8.17

hujan perseid

ingatkah kau,
malam 13 oktober itu
dada langit dihujani
meteor-meteor perseid

dan kita
waktu itu terpisah
beribu batu dihujani
meteor-meteor rindu

ingatkah kau,
pada tiap momen
yang kita lepaskan
sekadar jadi bualan dan
ingatan

setiapnya wujud keanehan
kerana kita tetap saja tertawa
seolah-olah meteor perseid
melintas di atas kita

"oh, tidak mengapa,
akan ada lagi hujan
serupa di malam yang
lain 133 tahun nanti."

dan kita tertawa lagi
mungkinkah waktu itu
kita masih ada.

atau telah menjadi
cahaya-cahaya api
menyayat kelam langit
mengikat janji-janji
dan harapan
manusia-manusia sepi

4.8.17

statik

tangan kugapai
dalam gelap
tiada siapa
menyambut

hanya suara
bisikan amarah
bergema dalam
kepala

tangan kulambai
dalam gelap
tiada siapa
menyahut

masa berputar
di luar
aku di dalam
statik.

21.7.17

marak api yang membaham



*david foster wallace.
novelis infinite jest, dll.
bunuh diri pada 12 september 2008 (46)

17.7.17

Menuju Titik Nol

hal yang paling menyedihkan bila aku sedar yang aku cuma ada satu matlamat hidup. siapkan sepuluh buah novel sebelum mati. kesedaran itu pun hanyaku temui - mungkin sengaja aku ada-adakan agar hidup lebih bermakna kononnya - beberapa tahun yang lalu. dan lagi menyedihkan, selain itu, aku tiada apa-apa. dan lagi-lagi pathetic bila matlamat itu bermutasi menjadi tujuan hidup. tapi aku rasa soal matlamat hidup, tujuan hidup semua ni bila kau tanya kat siapa-siapa pun, memang susah mahu jawab. kalau jawapannya berbentuk ketuhanan atau berkaitan alam sesudah mati, baik kau tumbuk saja biji matanya.

we laugh
we cry
while we hollow inside.

11.7.17

rant(is) hidoep

hidup ni memang teruk. tapi setiap hari aku try berfikir dan melihat semua hal dengan positif. walau pun sekejap. persoalannya, sampai bila dapat bertahan? sejauh mana boleh lari? atau masih mampukah untuk berlari?

tersepit.
terhimpit.
ruang kian sempit.

masa lepas adalah bayang pudar
yang menggasak perasaan
kenangan, penyesalan, memang menyeksakan
hari-hari esok, menjadi mimpi ngeri
harapan-harapan yang tak pernah pasti
aku ingin hidup seribu tahun lagi, kata chairil
karut! kita sepatutnya mati lebih awal
atau langsung tak dilahirkan, lagi beruntung kata gie.

kerana, hidup ini jarang memihak
buat orang-orang macam kita.




6.7.17

Kaver



Sembilan pilihan kaver tak jadi untok novel Balachi. Akhirnya, desainer pilih kaver seperti yang anda lihat di bahagian tepi blog ni. Ada juga aku kasi cadangan, mujurlah tak diterima. Mengarut sangat. Haha.

Apa pun, antara semua kaver novel aku yang dah publish, aku paling suka Balachi ni. Ala-ala kever komik superhero, gitu.

Kalau kau terbaca entri ni, dan mau beli novel ni siap tandatangan, whatsapp saja nombor ini, 019-811-94-76. Selagi ada stok di tangan aku. Tapi tu lah, kalau kau duduk malaya sana, dan aku pula di borneo utara, harganya RM30 sebab cas poslajunya mahal. Kalau kau duduk area Sabah ni saja, bolehlah RM20-25 macam tu. Aku pun dah lama geram juga cas poslaju cecah RM11 kalau pos merentas sempadan negeri ni.

Sedikit sinopsis, cerita Balachi ni pasal sebuah episod hidup seorang pemuda sebaya aku yang menjadi orang kepercayaan seorang taikun yang sibuk nak jadi politikus. Secara tak disengajakan (mungkin), watak utama terjebak dalam persekongkolan  sebuah  kumpulan pemuisi bawah tanah yang telah terpengaruh dengan rancangan gila lelaki bernama Mokhtar.

5.7.17

Sapu habuk

dah jadi tempat jin bersarang blog ni
sekarang, banyak sangat apps.
nak letak gambar, ada instagram.
nak membebel sambil buat thread, ada twitter.
nak baca kehidupan orang (?), ada facebook
nak berkarya tulis menulis dah ada watpadd.


jadi, blog ini pula untuk apa?
kau tanya aku pula.
untuk kenangan? 
fuck kenangan.
sapu saja entri-entri lama ke peti draft.

solitud.
empty.
sepi.
mati.

tapi tak mengapa.
di sini tempat kita beremosi.
blogspot harus dimasukkan ke dalam kamus dbp.
harus dimaknakan sebagai, ruang emosi.

ha! ha! ha!

seperti janji-janji lalu yang pantas dilupakan, aku akan cuba menulis kehidupan aku yang penuh kebosanan di sini. dan kebanyakannya tentang penulisanlah rasanya, sebab mengelak macam mana pun, aku seolah-olah dah tak boleh lari dari 'penulisan'. terima sajalah hakikat, yang kita ini penulis. gelaran penulis untuk aku, bukanlah suatu yang bagus. ia seperti sebuah sumpahan yang terpaksa ditanggung sampai mati. nak bercerita hal penulisan  sebegini di facebook, ramai sangat penulis dalam frenlist aku, bermacam-macam jenis. jadi segan pula kita. bila segan, kita hilang kejujuran. ya, begitulah.


update terbaru hidup aku, sekarang tengah bergelut siapkan sebuah cerita novel. kisah penyiasatan. tajuk aku tak tahu lagi nak letak apa. aku lemah hal-hal pilih tajuk ni. tapi cerita kali ni aku rasa macam lebih bersemangat, lebih senang, dan pantas jumpa tune nak siapkan berbanding novel latest aku yang dah publish. macamlah. haha. mungkin sebab kisah-kisah penyiasatan dan pembunuhan lebih dekat dan kena dengan style aku kot. penulis terutamanya novelis, dia kena ada style atau orang cakap 'suara' tersendiri. baru selesa dan sedap menulis. next entri nanti kalau umur panjang aku cerita lagilah pasal 'style' penulisan ni ikut pemikiran aku. tu pun kalau rajin. sebab rasanya dah ramai juga orang bercakap pasal style dan suara penulisan di dunia sementara kita ni. berbalik pada cerita yang sedang aku tulis tu, sekarang baru sampai suku cerita. lebih kurang 20 ribu words. patutnya lebih dah, boleh cukup sebuah buku, tapi tune baru dapat semalam, maka terpaksa konstrak balik jalan cerita dia. semoga minggu ni aku dapat pijak separuh perjalanan cerita. ameeen.

*entri ini sengaja ditulis tanpa tekan butang shift mahupun capslock.