22.6.18

#OneTwoJagaMovieTieIn.


- ini novel ke-tujuh aku. diterbitkan hanya beberapa bulan selepas novel puaka. dan first time dua novel aku diterbitkan dalam tahun yang sama. aku prefer, setahun satu novel saja. anggap ja lah ni special case dan rezeki.

- aku terima offer tulis novel ni awal februari. seminggu lepas amir muhammad (fixi) call, aku dapat skrip dari bront palarae (pixel play).

- lepas baca skrip 2-3 kali aku termenung  selama seminggu. tak tahu nak buat apa. terkejut lah kot. nampak nama-nama yang terlibat dalam penghasilan skrip. namron, arwah ruhayat x, ayam fared.

- menulis sebuah novel kena ada mood. kena ada tune. kena masuk dalam cerita, dalam karekter. novel-novel sebelum ni aku jadi hairi, jadi alep.h, jadi mikael, jadi insp.hasbi etc - semuanya mudah sebab karekter tu aku dan aku tu karekter. kita harus menyatu dalam watak ciptaan kita. jika watak askar, jadilah kita askar. jika watak saikopat, maka jadi saikopatlah kita.

- untuk 12jaga, pada mulanya sukar sikit sebab ya lah, ni adaptasi filem, idea asal orang lain, so kena kekal dengan jalan cerita kalau tak, ia akan jadi onetwodelirium atau onetwopuaka pulak nanti. mujurlah watak-watak, latar cerita, isu-isu dalam 12jaga sering atau pernah kita jumpa di sekitar kita, ataupun sekitar aku. buruh asing, polis, kontraktor, setinggan, tapak bina. maka, kerja menyiapkan novel ini jadi mudah sedikit. dan yang penting, menyeronokkan. 

- novel ni agak keras dan lancang banding novel-novel aku yang lain. dalam versi filem 12jaga menurut bront, ada dialog yang terpaksa dimutekan atau dicut untuk tontonan penonton. biasalah, malaysia. tapi dalam novel ni, no mute, no cut. no censor. 

- harapan aku, semoga novel ni dapat diterima secara terbuka oleh masyarakat pembaca dan seterusnya menyedarkan kita akan hal-hal yang sering berlaku di sekeliling kita terutama sekali yang melibatkan hal rasuah dan buruh asing. 

- untuk edisi novel fixi kali ini, one two jaga diterbitkan bersama dua novel baru yang lain  berjudul entiti dari syafiq aizat dan kiub dari syafiq ghazali. 3s katanya. dah boleh start order ketiga-tiganya sekarang. rujuk gambar di bawah bagaimana nak order.