24.1.11

Student life (2004)

Suatu ketika di waktu pagi tika embun basah menyentuh pipi. Lima pemuda beraliran Yakuza yang ganas dan jenis makan budak tengah berkumpul dalam sebuah bengkel dan mencari akal untuk bertempur dengan jin-jin botak yang ada dalam hutan UiTM ketika itu. 

“Hari ini kita akan berjuang habis-habisan hingga titis darah terakhir.”

Pekik ketua Yakuza bertubuh sasa dan tua bangka.

“Bagaimana kita mahu tentang mereka wahai ketua? Mereka itu punya kuasa!!”

Tanya salah seorang anggota Yakuza bertubuh tinggi lampai berkasut hitam yang sebenarnya kasut curi.

“Bangang!!. Kita kan ada otak. Kita atur strategi baik-baik.”

Marah ketua Yakuza bertubuh sasa itu sambil membetulkan topi Nike di kepalanya lalu memetik tali gitar akustik pakai kod dalam.

“Saya sokong ketua!!. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.”

Lelaki berbaju ungu yang duduk menyandar di tayar tractor bersaiz gajah menjerit setuju pada ketua Yakuza. Terkejut sedikit ketua Yakuza mendengar jeritan yang sebenarnya berlaku pada jarak dua kaki saja dari telinganya.

“Bodoh punya anggota!!.”

Tengking ketua Yakuza sambil mengorek telinga kirinya.

"Saya ada pertanyaan wahai ketua. Pekasam tu apa punya binatang, ketua?"

Tanya seorang anggota yang berbaju oren bertubuh bulat pula pada ketua Yakuza. Mata ketua Yakuza memandang lelaki berbaju ungu di tepinya untuk mencari jawapan. Lelaki berbaju ungu memandang pula kembali ketua Yakuza dengan muka yang tiada jawapan. Suasana menjadi sunyi. Cuma bunyi sudu menghentam-hentam cawan plastik sahaja yang kedengaran dari arah dapur sementara di dalam bengkel ketika itu.

“Payah. Payah kita mahu lawan kalau tangan kosong saja.”

Sahut pemuda baju hitam berwajah garang, muncul dengan membawa secawan air kopi cap kupu-kupu.

 Amacam, ganas kan?
Sudi' (baju ungu), gua (baju hitam), Dap (baju oren), Jenal (baju putih), Chakoi (pakai topi)
   

 Minggu Interaksi (ketuk kepala freshie) DPIM 2004

8.12.10

Aku, dia dan binatang

"Sayang tengok atas langit tu, apa yang ada?"

"Binatang-binatang"

"Berapa banyak binatang-binatang tu?"

"Ada berjuta binatang di atas sana, mana boleh kira" 

"Tunjuk mana satu binatang paling terang"

"Yang tu." 

"Itu adalah kamu."

Mereka berdua termenung menikmati pemandangan binatang-binatang di langit malam.

Tiap malam bila ada binatang-binatang berkerdipan di langit, pasti ada satu yang paling terang. Tapi binatang itu berada jauh di atas. Mustahil untuk digapai. Kita cuma mampu untuk melihatnya dari jauh. Siang ia akan hilang, dan esoknya kita menanti dan mencari, selagi kita masih mau menanti dan mencari. Sebab itu binatang yang paling terang.

12.11.10

Muse sangat.

Hari in aku duduk rumah saja. Tak keluar ke mana-mana kecuali pergi masjid tengah hari tadi. Itu pun kalau kau orang percaya aku pergi masjid. Kawan-kawan lama aku selalunya tak percaya kalau aku ada pergi masjid. Mungkin maghrib nanti baru aku keluar dari kawasan zon selesa. Keluar maghrib bukan perangai yang baik. Banyak syaitan dan jin ada di luar sana pada masa sebegitu kata orang tua-tua. Kalau kau seorang pembaca berjantina perempuan, pastikan masa maghrib kau duduk rumah diam-diam. Bukan apa, nanti timbul fitnah kalau kau orang keluar malam. Tapi kalau ada keperluan mendesak, lantak engkau lah sendiri aku tak kisah.

Tadi aku menyelongkar barang-barang lama milik aku. Dari bawah katil, masuk dalam almari dan juga kotak simpanan yang sudah dua inci tebal debunya. Aku cuma mengisi masa yang terlebih lapang dengan membuat kerja yang aku tak tahu sama ada berfaedah atau tidak pada diri dan juga masa depan. Sasaran aku cuma satu, cari DVD band Muse yang sudah lama tak kelihatan. Kau orang tahu apa itu Muse? Matthew Bellamy?

Cari punya cari, bukan DVD tu saja aku jumpa. Aku jumpa album-album gambar lama zaman aku masih jenis ikut cakap, aku jumpa kad-kad ucapan hari raya yang dah berusia hampir 10 tahun, kad valentines day yang dah hilang nama pengirimnya, kad matriks UiTM, buku akaun Affin Bank yang digunakan untuk kemasukan duit PTPTN, poster Eric Cantona dan David Beckham, kad ucapan hari jadi tahun 2003, kad cinta pertama yang dengan seninya dibuat oleh kekasih pertama, buku rujukan SPM Fokus Pendidikan Syariah Islamiah, patung kecil beruang koala, teddy bear warna putih, bantal kecil berbentuk hati, kunci rumah sewa di Putatan, novel tulisan John Grisham tajuk The Rainmaker, buku Landskap yang di kulitnya ada nama aku dan nama seorang perempuan dengan tulisan cara jawi, dan yang paling penting kaset KRU dan 911 yang masih elok kertas liriknya.

Fikiran aku melayang kembali ke zaman aku masih hijau.

*******************************
Disebabkan rumah aku tiada pemain kaset, aku kembali fokus pada niat utama.