aku rasa,
aku perlu bercerita
pada seseorang tak dikenali
biar ideal
biar neutral
bebas dari gelembung sosial
tanpa hakiman
tanpa prejudis
hanya kejujuran
bagi sebuah pelepasan.
boleh jadi,
orang yang kucari itu
adalah dirimu.
aku akan bercerita
tentang apa saja
mungkin tentang kipas yang berputar
dan berbunyi pelik
di penjuru kamar tidurku
atau tentang katil berusia 10 tahun
lebih muda dari aku
atau mungkin juga tentang
asbak dipenuhi abu dan
puntung terpacak persis
tunggul-tunggul kayu
apakah hal-hal sebegitu
dapat menarik perhatianmu?
atau dirimu lebih senang mendengar
bagaimana hidup sehariku
sering bermula dengan
kelesuan
kerisauan
kebencian
kejelekan
putus harapan
dan berlanjutan pada tiap detik
aku melangkah penuh gelisah
curiga
marah
kecewa
bersembunyi di wajah pura-pura
dan bisikan .... hei, aku okey :)
dan kesudahannya
di penghujung malam sebegini
segalanya kembali statik, gelap
sedih membungkam
sunyi menekan
fikiran meretak
batin berontak
digelut kesedihan yang tak terfahamkan.
jadi, cerita awal kedengaran
lebih menarik, bukan?
tentang kipas berbunyi pelik
katil 10 tahun lebih muda dari aku
asbak penuh abu
puntung terpacak persis
tunggul-tunggul kayu.
6.12.17
3.12.17
beban
jika hidup ini satu pendakian
ke puncak kemenangan
dan kita bersama-sama mendakinya
ia pasti menyakitkan
kerna aku adalah beban
yang harus kamu pikul bersama
beban yang sering curiga
pada kemenangan yang kabur maknanya
dan menjadi beban
adalah hal paling menyedihkan
bisa terjadi pada kehidupan
aku lebih rela berhenti
terjun ke gaung dan mati
bagi melepaskan kamu pergi
walau sakitnya lebih dua kali
22.10.17
21.7.17
17.7.17
Menuju Titik Nol
hal yang paling menyedihkan bila aku sedar yang aku cuma ada satu matlamat hidup. siapkan sepuluh buah novel sebelum mati. kesedaran itu pun hanyaku temui - mungkin sengaja aku ada-adakan agar hidup lebih bermakna kononnya - beberapa tahun yang lalu. dan lagi menyedihkan, selain itu, aku tiada apa-apa. dan lagi-lagi pathetic bila matlamat itu bermutasi menjadi tujuan hidup. tapi aku rasa soal matlamat hidup, tujuan hidup semua ni bila kau tanya kat siapa-siapa pun, memang susah mahu jawab. kalau jawapannya berbentuk ketuhanan atau berkaitan alam sesudah mati, baik kau tumbuk saja biji matanya.
we laugh
we cry
while we hollow inside.
we laugh
we cry
while we hollow inside.
6.7.17
Kaver
Sembilan pilihan kaver tak jadi untok novel Balachi. Akhirnya, desainer pilih kaver seperti yang anda lihat di bahagian tepi blog ni. Ada juga aku kasi cadangan, mujurlah tak diterima. Mengarut sangat. Haha.
Apa pun, antara semua kaver novel aku yang dah publish, aku paling suka Balachi ni. Ala-ala kever komik superhero, gitu.
Kalau kau terbaca entri ni, dan mau beli novel ni siap tandatangan, whatsapp saja nombor ini, 019-811-94-76. Selagi ada stok di tangan aku. Tapi tu lah, kalau kau duduk malaya sana, dan aku pula di borneo utara, harganya RM30 sebab cas poslajunya mahal. Kalau kau duduk area Sabah ni saja, bolehlah RM20-25 macam tu. Aku pun dah lama geram juga cas poslaju cecah RM11 kalau pos merentas sempadan negeri ni.
Sedikit sinopsis, cerita Balachi ni pasal sebuah episod hidup seorang pemuda sebaya aku yang menjadi orang kepercayaan seorang taikun yang sibuk nak jadi politikus. Secara tak disengajakan (mungkin), watak utama terjebak dalam persekongkolan sebuah kumpulan pemuisi bawah tanah yang telah terpengaruh dengan rancangan gila lelaki bernama Mokhtar.
17.7.15
Solitude
"..for some people... solitude and isolation, can, or itself become a problem."
".. Not for me." (The Shining)
Untuk rekod, paling lama aku tak bercakap/berkomunikasi dengan orang adalah selama dua hari berturut-turut. Kalau masuk hari ketiga mungkin aku dah boleh dengar semut semut yang sedang bersembang. Hmm.
17.6.14
Penulis agung
Di saat seorang penulis agung melangkah keluar seusai menyiapkan sebuah cerita, dia mendapati yang dia adalah manusia terakhir yang masih wujud di muka bumi ini. Tiada lagi manusia lain. Dia kehairanan dan mula menjadi amat takut. Tidak pernah dia berasa ketakutan yang sedemikian rupa. Dia menjerit sekuat hati sehingga suaranya bergema ke empat penjuru dunia, namun tiada yang menyahut selain lolongan beberapa ekor anjing-anjing jalanan. Dia masuk semula ke dalam rumah, duduk di meja tulis dan merenung helaian kertas manuskrip cerita yang baru disiapkannya itu.
Siapa yang akan membacanya lagi kalau dah tiada sesiapa di dunia ini?
Dia mula terfikir akan anjing-anjing yang melolong di jalanan tadi. Dia jadi lega sedikit dan ketakutannya lenyap perlahan-lahan. Dia mengambil manuskrip ceritanya itu dan membawanya keluar rumah. Dia pergi menemui sekawanan anjing jalanan yang sedang berehat di tepi jalan.
Dia memberikan salam dengan teragak-agak. Salamnya cuma dijawab dengan renungan pelik anjing-anjing di situ.
"Saya baru siapkan sebuah cerita yang bagus," katanya. "Tapi saya memerlukan kalian untuk membacanya. Baru tahu samada cerita ni bagus atau tidak. Sebab, ianya tidak adil untuk cerita ini jika cuma saya sendiri yang membacanya dan kemudian mengatakannya bagus."
Anjing-anjing itu merenungnya dan bersetuju dalam diam untuk membaca ceritanya itu. Dia tersenyum. Manuskrip itu ditinggalkannya di hadapan anjing-anjing tersebut dan dia kembali ke rumah dengan linangan air mata kegembiraan.
Pada keesokan harinya, dia kembali menemui anjing-anjing itu. Alangkah terkejutnya penulis agung itu bila mendapati anjing-anjing yang ditemuinya semalam telah mati mengeras di tepi jalan dengan helaian manuskrip ceritanya yang berselerakan. Dia mengutip kertas-kertas manuskripnya itu dengan perasaan kecewa sambil diperhatikan oleh sekumpulan burung gagak yang kelaparan bertenggek di dahan-dahan pokok tepi jalan.
15.5.13
Life has to end. Love doesn't
Love, like rain, can nourish from above, drenching couples with soaking joke. Itu kata si Mitch Albom dalam novelnya; The Five People You Meet In Heaven.
Membaca rangkap itu, aku dalam keadaan paksa mengakui, selama ini, selama berada dekat dengan-mu, cinta aku itu bukanlah seperti hujan yang dapat menyuburkan-mu. Yang dapat melemaskan-mu di dalam dakapan kebahagiaan. Selain dari memberikan-mu sebuah kehambaran - yang membuatkan hidup-mu penuh dengan kekontangan kasih sayang.
Bila kau mengatakan mahu pergi, tiadalah yang dapat aku lakukan selain diam. Kerana, diam itu sahaja yang dapat aku lakukan selama bersama dengan-mu. Dan aku tidak tahu jika kau akan kembali satu masa nanti.
Eddie tidak mampu dan enggan menerima kenyataan bila Marguerite pergi dari hidupnya. Meninggalkan dia keseorangan dan sunyi dari cinta selepas itu. Dan itu yang menyebabkan, Marguerite menjadi antara lima manusia yang Eddie temui di syurga. Dan saat bertemu Marguerite semula, Eddie akhirnya menyedari akan kesilapan hidupnya yang nombor empat. Ah! Itu syurga ciptaan Mitch Albom. Bukan syurga aku. Bukan syurga kau. Bukan syurga siapa-siapa pun.
....
"Lost love is still love, Eddie. It takes a different form, that's all. You can't see their smile or bring them food or tousle their hair or move them around a dance floor. But when those sense weaken, another heightens. Memory. Memory becomes your partner. You nurture it. You hold it. You dance with it. Life has to end, Love doesn't.”- Marguerite.
7.5.13
Certot - Pasca
Tepat pukul 12.45 a.m, di sebuah tempat yang bertuhankan televisyen, jauh dari pusat pentadbiran kota, jelatanya menumbuk padu ke udara. Beramai-ramai. Serentak. "Kita menang!! Kita menang!!" Tempik mereka berulang kali. Hinggakan tempikan itu bergema di dalam tidur. Tidur yang berbantal-kan janji. Janji yang sekadar mimpi. Lumrahnya mimpi, lekas dilupakan sejurus menatap matahari pagi.
"Ah! hidup-hidup kita masih juga begini," keluh mereka menarik kepingan akhir wang subsidi.
Subscribe to:
Posts (Atom)

